APR 14, 21Share
Minyak zaitun merupakan lemak yang diperolehi hasil daripada memerah buah zaitun. Buah zaitun banyak didapati di negara-negara Mediterranean.
Memandangkan minyak zaitun mempunyai pelbagai khasiat, penggunaannya banyak dimanfaatkan dalam bidang kosmetik, perubatan, masakan, pewangi dan bahan bakar.
Istimewanya minyak zaitun ia mengandungi antioksidan seperti hidroxytyrosol yang mencegah dari oksidasi yang akan membawa kepada pelbagai jenis penyakit.
Ianya juga mampu menghalang dari sesuatu penyakit menjadi lebih teruk. Jadi samada orang sihat ataupun orang sakit, ianya menjadi satu makanan keperluan untuk diamalkan setiap hari.
Maka tidak hairanlah bahawa oleh kerana menyedari akan kandungan khasiat miyak zaitun yang begitu tinggi, ianya menjadi makanan wajib dalam diet Mediteraranean.
Manfaat Minyak Zaitun Untuk Manusia
- Kulit | Minyak zaitun mengandungi sejumlah besar Vitamin E, iaitu antioksidan yang bertindak melindungi kulit dari pancaran matahari atau angin yang kuat.
Vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun mampu menyihatkan kesihatan kulit seperti masalah radang dan jerawat, selain melindungi kulit dari beberapa penyakit kulit serius seperti kanser kulit dan psoriasis.Minyak zaitun juga boleh digunakan sebagai rawatan anti-penuaan kulit, melembabkan bibir yang kering dan kusam dengan mencampurkannya bersama gula perang yang dihancurkan dan sedikir perahan jus lemon.Tahukah anda, minyak zaitun juga boleh dijadikan makeup remover dan ianya amat baik kerana tidak merosakkan kulit wajah anda. - Rambut | Vitamin E yang terkandung di dalam minyak zaitun dapat mengelakkan masalah rambut gugur.
Malah campuran minyak zaitun bersama madu dan kuning telur dapat menyihatkan dan menyerlahkan rambut anda. - Masalah batu karang | Mungkin ramai yang tidak tahu bahawa penggunaan minyak zaitun dapat melarutkan batu karang pada buah pinggang.
- Mencegah kanser payudara | Menerusi satu kajian saintifik, daun zaitun mengandungi satu sebatian semula jadi yang dinamakan sebagai oleoropein, yang bertindak sebagai antikanser payudara.
Malah satu kajian yang sama dilakukan di Sepanyol memperolehi hasil menakjubkan, dimana wanita yang mengamalkan diet yang mengandungi minyak zaitun, 62 peratus daripada mereka kurang berkemungkinan menghidap kanser payudara.
- Mencairkan tahi telinga | Ada dalam kalangan kita mengalami masalah tahi telinga keras yang mungkin sukar untuk mencucinya. Menggunakan minyak zaitun, ia dapat membantu melembutkan tahi telingan dan memudahkan anda untuk mengeluarkan tahi telinga.
Selepas disapu di dalam telinga, tahi telinga akan pecah dan menjadi kepingan yang kecil dan bergerak keluar di saluran telinga, dan anda boleh mencucinya dengan menggunakan tisu atau kain basah. - Kesihatan kuku | Ada juga orang yang berdepan dengan masalah kuku yang bertukar menjadi kekuingan atau gelap. Untuk merawatnya, anda boleh menyapu minyak zaitun pada kuku yang bermasalah itu.
- Menguatkan tulang | Jika anda mengamalkan pengambilan minyak zaitun dalam diet seharian, anda akan mendapati tulang anda tumbuh dengan kuat. Malah darah anda juga akan mengandungi tahap osteocalcin yang lebih tinggi, yang merupakan petanda bagi pembentukan tulang yang sihat.
- Mencegah diabetes | Kajian yang dijalankan oleh Harvard School of Public Health mendapati bahawa diet harian yang kaya dengan lemak mono dan polyunsaturated seperti yang terkandung di dalam minyak zaitun dapat mencegah penyakit diabetes atau kencing manis.
- Melegakan sembelit | Memandangkan minyak zaitun kaya dengan kandungan “monounsaturated”, ia akan melancarkan mobility supaya makanan dapat bergerak dengan lancar di dalam usus tanpa sebarang masalah. Ini seklaigus dapat mempercepatkan pergerakan usus dan mengelakkan seseorang dari mengalami sembelit.
- Mengawal kolesterol dalam badan | Kandungan lemak tepu dan lemak tak tepu yang rendah di dalam minyak zaitun membantu anda mengawal tahap kolestrol dalam darah.
Minyak zaitun mengandungi tahap tertinggi bagi lemak “monounsaturated” – sekitar 75-80 peratus, yang membantu membentuk kolesterol baik dan HDL dalam badan.
Ternyata banyak sekali manfaat kesihatan yang anda akan perolehi dengan mengambil minyak zaitun dalam diet harian anda.
Masih belum terlambat untuk anda mulakannya!
One Response
Really wonderful info can be found on website.Blog monetyze