Berkat Madinah

BLOG

HOME – SINGLE BLOG

Istimewanya Berkat Madinah – Semua Yang Anda Cari Ada Di Sini!

Berkat Madinah

Table of Contents

Jika anda familiar dengan kawasan Ampang, pastinya anda akan nampak sebuah pasar raya Arab bernama Berkat Madinah.

(Rujuk: Berkat Madinah Ampang, 17&18-L1, Jalan Ampang Putra, 68000, Ampang).

Merupakan pengimport dan pembekal makanan asal dari Arab, anda pastinya akan terkejut apabila memasuki pasar raya ini.

Serba-serbi lengkap, semua barangan yang anda cari ada di sini! Biasanya pasar raya begini dianggap ramai hanya menjual pelbagai makanan Sunnah dan hanya menjadi tumpuan pada bulan Ramadhan dan Syawal sahaja.

Sebenarnya tidak, Berkat Madinah menjual pelbagai barangan yang menjadi keperluan harian anda.

2.png

Buat anda yang mungkin pertama kali mendengar Berkat Madinah, di sini kami akan kongsikan apa yang menarik di pasar raya ini, dan berbeza dengan pasar raya Arab yang lain di ibu kota.

Pasar raya ini dibuka seawal jam 8 pagi dan ditutup pada jam 12 malam. (check info)

Sebenarnya, ramai yang akan berkunjung ke pasar raya ini pada awal pagi kerana ingin mendapatkan roti-roti yang baru dimasak. Sebaik sahaja pintu pasar raya ditolak, inilah aroma pertama yang akan dihidangkan kepada anda. 

1.png
1.png

Istimewanya roti Arab Berkat Madinah adalah kerana ia dibuat dengan tidak menggunakan minyak, gula dan garam namun teksturnya tetap lembut dan gebu, malah tetap menyelerakan walaupun telah sejuk.

Ada beberapa pilihan roti Arab yang sering menjadi tumpuan pelanggan, iaitu Berkat Madinah Bread, roti jagung,baguette, roti gandum dan roti afghan. Kesemuanya mempunyai rasa yang berbeza, sedap dimakan sama ada begitu sahaja atau disapu dengan marjerin dan jem buah. 

2.png

Bagi peminat susu dan yogurt, anda patut mencuba variasi minuman khas Arab yang disukai ramai ini. Bukan sebotol, tetapi rata-rata pelanggan yang berkunjung ke sini pastinya akan memborong berbotol-botol yogurt dan susu Arab kerana rasanya yang lemak manis dan penuh khasiat. Makanan sunnah dan pasar raya Arab pastinya tak dapat dipisahkan.

3.png

Begitu juga dengan Berkat Madinah, kalau anda nak tahu, ada 100 jenis kurma Arab yang boleh didapati di sini.

4.png
5.png

Anda boleh pilih sama ada Majdool Saudi 1st Grade, Ajwa Madinah, Ajwa Long, Ajwa Madinah Premium, Ajwa Madinah VIP, Mabroom Al-Madinah, Safawai Al-Madinah AA, Mariami Dates A, Mariami Dates Jumbo, Dry Mazafati Dates, Sukkary Dates, Algerian Deglet Noor, Anbara VIP Dates, Palestinian Jumbo Medjoul Dates dan Palestinian Large Medjoul Dates.

Sama ada anda nak beli secara timbangan atau dalam bekas yang telah dipekkan, atau hendak campur beberapa jenis kurma, semuanya terpulang pada anda.

6.png

Kesedapan kurma Arab memang tak boleh dipertikaikan. Kurma-kurma ini dijual di antara harga RM3.90 hingga RM10.00 bagi setiap 100 gram. Yang pasti kurma-kurma yang dijual di Berkat Madinah ditawarkan dengan harga borong yang terbaik, pilihan kurma VIP, kurma musim baru dan 100% diimport dari Madinah.

Begitu juga bagi peminat kekacang, ada hampir 50 variasi yang boleh anda boleh dapatkan hanya di Berkat Madinah.

7.png
8.png

Antaranya macadamia, badam, pistachio, kuaci, biji apricot, gajus, kacang hazel dan kacang kuda. Ada pilihan yang mentah, dikeringkan atau dibakar. Ianya boleh dimakan terus atau dicampur ke dalam masakan.

9.png
10.png

Di Berkat Madinah juga, anda boleh mendapatkan pelbagai jenis buah-buahan yang dikeringkan, seperti buah tin, kismis, betik, goji berry, mangga, lemon, halia dan jambu batu. 

Produk minyak zaitun juga antara yang mendapat sambutan di Berkat Madinah. Ada tiga jenama minyak zaitun yang dipasarkan di sini iaitu Albaraka Land, Arabian Village dan Al Ahlam, dengan masing-masing mempunyai keistimewaan tersendiri.

11.png

Begitu juga dengan variasi madu asli yang dibawakan khas dari Tanah Arab. Ada madu Maraie Yemeni, madu Sumer Yemeni dan Special Royal Sider VIP serta bermacam lagi.

12.png

Dan yang paling istimewa, madu yang khas dan hanya boleh dimakan oleh pasangan berkahwin. Ia dipercayai dapat menyihatkan dalaman suami isteri dan salah satu usaha mendapatkan zuriat. Menarik, bukan?

13.png

Kesemua madu ini berharga di antara RM150 sehingga RM1,000 untuk setiap kilogram. Seperti yang dinyatakan dari awal tadi, semua yang anda cari untuk keperluan harian anda ada di pasar raya Arab terkenal ini.

Sama ada sardin dalam tin, sayuran segera, halva, keju yang diproses, sayur dan buahan yang dijeruk dan pilihan daging lembu, kerbau dan kambing yang segar dan pastinya diyakini halal.

14.png
15.png
16.png

Berbanding kedai makanan sunnah yang lain, boleh dikatakan hanya Berkat Madinah sahaja yang turut menjual manisan popular masyarakat Arab. Jika tidak, pilihan manisan sebegini hanya boleh diperolehi di restoran makanan Arab yang menyediakan nasi mandi, nasi khabsa dan kebab.

18.png
17.png

Ada berpuluh-puluh manisan yang wajib anda cuba. Antaranya baklava, tamria, khunafa dan warbat yang disediakan khas di sini setiap hari. Aromanya sungguh memikat selera. Inilah sebabnya anda perlu berkunjung dan membeli-belah di pasar raya Arab, Berkat Madinah. Semuanya ada dalam satu tempat yang sama.

Untuk anda yang berada di luar Ampang, jangan risau, anda boleh kunjungi cawangan mereka di:

2. Kajang:

Ground Floor, Unit No. PA-S-17, 

PEARL AVENUE Shop Jalan Pasir Emas,

 43000 Kajang, SDE 

3. Shah Alam: 

No. 46, Jln Pegaga C U12/C, 

Desa Alam, Seksyen U12, 

40170 Shah Alam, Selangor.

Jika anda tidak berkesempatan untuk berkunjung ke pasar raya itu sendiri, jangan risau! Pembelian secara dalam talian kini disediakan buat anda. Siap ada servis express delivery lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

FOLLOW & SUBSCRIBE

Subscribe to our newsletters to receive everything new

Let us show you the Power

Anyone who steps into the Berkat Madinah Food Store in Ampang would immediately notice its uplifting atmosphere.

LATEST NEWS

Amazing Blog Post

Follow our latest news, our monthly updates, and our wonderful offers, and be part of our wonderful community. Here, we inform our wonderful customers firsthand about our monthly offers and discounts.

Cuba Resepi Mudah, Sedap Dan Sihat Dengan Kismis

Cuba Resepi Mudah, Sedap Dan Sihat Dengan Kismis

Kismis terhasil daripada anggur yang dikeringkan dan kaya dengan pelbagai sumber tenaga, vitamin dan mineral semula jadi. Setiap 100 gram kismis mempunyai…

Is It True Dates Can Help In Increasing Breast Milk Supply?

Is It True Dates Can Help In Increasing Breast Milk Supply?

JAN 21, 21Share Breast milk is known as nature’s perfect baby food. Mother’s milk contains immunity-boosting antibodies and healthy enzymes that scientists…

Ketahui 10 Manfaat Minyak Zaitun Untuk Kesihatan Anda!

Ketahui 10 Manfaat Minyak Zaitun Untuk Kesihatan Anda!

APR 14, 21Share Minyak zaitun merupakan lemak yang diperolehi hasil daripada memerah buah zaitun. Buah zaitun banyak didapati di negara-negara Mediterranean. Memandangkan…