BLOG

HOME – SINGLE BLOG

3 Resepi Mudah Dan Berkhasiat Dengan Kurma

Berkat Madinah

Table of Contents

Kurma amat popular ketika menjelangnya Ramadan, kita dapat melihat banyak kedai menjual kurma yang kering dan segar dengan pelbagai jenis dan berbeza harga. Namun, kurma tidak semestinya dimakan ketika di bulan puasa sahaja.

Di hari-hari biasa, makanan sunah ini juga sesuai untuk dimakan kerana ia mempunyai khasiat dan manfaat kesihatan yang baik untuk tubuh badan. Kurma kaya dengan kandungan khasiat seperti Vitamin A, Vitamin C, zat besi, sodium, kalsium, fosforus dan potasium.

Tahukah anda, kurma mengandungi glukosa, iaitu sejenis gula yang telah diproses yang menyebabkan badam boleh menyerap terus khasiat daripada buah secara serta-merta setelah dimakan.

Kurma juga dikenali sebagai pembekal tenaga yang baik.

Selain itu, kandungan serat yang tinggi di dalam kurma boleh membantu proses pelawasan dan mampu mencegah seseorang dari terkena barah usus. Ada orang mengamalkan makan kurma setiap pagi kerana ia mampu memberi rasa kenyang dalam tempoh yang panjang.

Ada juga yang meminum susu kurma kerana rasanya yang lazat. Namun, ada juga sesetengah orang kurang gemar akan rasa kurma yang sebenar. Jangan risau, kami akan kongsikan tiga resepi mudah namun tetap berkhasiat untuk anda hidangkan bersama yang tersayang.

Kek Cawan Kurma

kek cawan kurma.jpg

Bahan-bahan:

300 gm kurma yang dibuang biji dan dicincang kasar

350 ml air

3 sudu kecil kopi segera

1 sudu kecil soda bikarbonat

100 gm mentega

220 gm tepung naik sendiri

220 gm gula perang

100 gm badam kasar

4 sudu besar jus oren

3 biji telur

1 sudu kecil garam

Cara-cara:

  • Campurkan kurma yang dicincang kasar bersama air kopi segera dan satu sudu besar air, masak di dalam periuk di atas api sederhana.
  • Selepas mendidih, angkat dna campur campura kurma dan kopi dengan soda bikarnonat.
  • Kacau dengan perlahan dan ketepikan.
  • Rebus badan kasar kemudian angkat dan toskan airnya.
  • Campurkan badan rebus dengan jus oren dan rendam selama 15 minit.
  • Dalam mangkuk besar, pukul krim dan gula sehingga ringan dan gebu.
  • Masukkan telur sebiji demi sebiji, kemudian masukkan tepung naik sendiri dan pukul sehingga adunan menjadi berkrim.
  • Setelah sebati, masukkan campuran kurma dan badan bersama jus oren.
  • Masukkan adunan yang telah sebati ke dalam cawan kek yang telah digris.
  • Bakar dalam suhu 180’c selama 40 minit.
  • Periksa keadaan kek dengan menggunakan lidi.
  • Boleh juga hiaskan di atas kek dengan cream cheese frosting bersama taburan kekacang.

Ais Krim Kurma

ice cream kurma.jpg

Bahan-bahan:

1 tin susu pekat sejuk

750 ml krim putar

½ sudu kecil serbuk kayu manis

1 sudu kecil serbuk vanilla

220 gm kacang badam

100 gm kacang pistachio

150 gm kurma yang dicincang kasar

60 ml sirap kurma

Cara-cara:

  • Pukul susu pekat, krim putar dan serbuk vanilla di dalam mangkuk sehingga kembang dan gebu.
  • Masukkan badam, pistachio dan kurma ke dalam adunan.
  • Sediakan bekas yang telah dilapik dan masukkan aduna ke dalam bekas.
  • Titiskan sirap kurma pada adunan ais krim.

Simpan di dalam peti sjeuk beku selama 10 hingga 12 jam sebelum dimakan.

Read More:

kurmma Milkshake

milkshake kurma.jpg

Bahan-bahan:

12 biji kurmma yang dicincang

2 cawan susu penuh krim

1 senduk ais krim vanilla

Cara-cara:

  • Masukkan kurmma dan ½ cawan susu ke dalam mesin pengisar dan kisar sehingga menjadi pekat seperti tekstur puri.
  • Masukkan lebihan susu pekat dan ais krim ke dalam aduna.
  • Kisar sehingga menjadi susu kocak.
  • Boleh dihidangkan bersama hirisan kekacang atau sirap cokelat.

Jika anda sedang mencari kurmma yang berkualiti, sedap dan tulen diimport dari negara Arab, apa kata dapatkan pelbagai jenis makanan sunah ini di pasar raya Arab, Berkat Madinah.

Bukan sahaja kurmma , terdapat pelbagai lagi makanan sunah lain seperti kismis, buah tin, kekacang dan madu, Begitu juga dijual roti-roti yang segar, susu, makanan dalam tin, selain makanan harian seperti buah-buahan dan sayur-sayuran.

Jika anda meminati manisan Arab seperto baklava, warbat dan khulafa, Berkat Madinah pastinya pilihan terbaik untuk anda.

Anda boleh berkunjung beberapa cawangan Berkat Madinah seperti di bawah;

Klik pada link dibawah untuk dapatkan Kismis pilih anda:

1. Ampang:

17&18 L1, Jalan Ampang Putra 6,

Taman Putra Sulaiman,

68000 Ampang SDE.

2. Kajang:

Ground Floor, Unit No. PA-S-17, 

PEARL AVENUE Shop Jalan Pasir Emas,

 43000 Kajang, SDE 

3. Shah Alam: 

No. 46, Jln Pegaga C U12/C, 

Desa Alam, Seksyen U12, 

40170 Shah Alam, Selangor.

Jika anda tidak berkesempatan untuk berkunjung ke pasar raya itu sendiri, jangan risau! Pembelian secara dalam talian kini disediakan buat anda. Siap ada servis express delivery lagi.

One Response

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Let us show you the Power

Anyone who steps into the Berkat Madinah Food Store in Ampang would immediately notice its uplifting atmosphere.

LATEST NEWS

Amazing Blog Post

Follow our latest news, our monthly updates, and our wonderful offers, and be part of our wonderful community. Here, we inform our wonderful customers firsthand about our monthly offers and discounts.

Shop Berkat Madinah Grocery – Fresh & Halal Food Store

Shop Berkat Madinah Grocery – Fresh & Halal Food Store

Are you looking for a place to find authentic, high-quality halal groceries in Malaysia? Shop Berkat Madinah Grocery is your go-to halal…

Kurma Mariami Sweet & Healthy – Fresh Dates Mariami

Kurma Mariami Sweet & Healthy – Fresh Dates Mariami

Imagine a natural sweet treat that's not only tasty but also full of nutrients. Welcome to Kurma Mariami, a top-quality date from…

Fresh Kurma Rotab: 1st Natural Sweet Delicacy Super quality

Fresh Kurma Rotab: 1st Natural Sweet Delicacy Super quality

Did you know Malaysia eats the most dates per person in the world? This shows how much they love kurma rotab, a…